Kejadian yang berlaku pukul 10 pagi ini susulan cuaca hujan sejak bulan lalu menyebabkan laluan di kawasan tersebut mengalami hakisan tanah runtuh.

Jurutera Jajahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Gua Musang, Fadhlil Wafi Nordin berkata, ekoran kejadian itu, pihaknya menasihatkan orang ramai agar berhati-hati ketika menggunakan jalan itu.

"Jalan FT185 itu merupakan laluan utama untuk ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh, Perak. Kita berharap pengguna yang mahu menggunakan jalan berkenaan agar berhati-hati.

"Hakisan mungkin menjadi semakin teruk sekiranya hujan berterusan. Kita juga telah meletakkan papan tanda amaran dan pengguna jalan mematuhinya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE