Senario itu mengakibatkan harga harumanis kini jatuh sehingga RM10 hingga RM15 sekilogram dan nilai­nya dijangka semakin turun selepas ini.

Ketua tanaman kelompok harumanis Felda Mata Ayer, Halim Kassim, 66, berkata, sejak 25 sehingga 27 Mei ini sahaja, pengusaha tanaman kelompok di kawasan seluas 51.47 hektar tersebut dijangka me­ngalami kerugian hampir tiga tan.

Menurutnya, kesulitan itu antaranya disebabkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dikatakan tidak dapat membeli dan memasarkan kesemua buah daripada pekebun, sebaliknya hanya mengambil yang berkualiti premium.

“Situasi ini bukan perkara baharu malah sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu dengan setiap pengusaha sekurang-kurangnya mengalami lambakan buah sehingga 200 kilogram.

“Jumlah 10 tan itu sampai Aidilfitri ini sahaja, selepas ini mungkin lambakan akan bertambah jika FAMA tidak datang membantu kami,” katanya di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.