Sebaliknya kata beliau, sambutan itu mungkin hanya boleh dibuat selepas 'satu raya besar'  yang merujuk kepada pilihan raya umum ke-14.

"Tema Hari Pekerja 2018 yang dipilih iaitu 'Pekerja  Berkemahiran, Peneraju Kecemerlangan Negara' telah dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Februari lepas, tetapi saya tidak dapat beri jaminan sambutan Hari Pekerja yang biasanya disambut pada 1 Mei dapat dilaksanakan pada tarikh tersebut.

"Ia mungkin hanya boleh dibuat selepas satu raya yang besar," katanya yang disambut tepukan dan ketawa tetamu pada majlis penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kementerian itu di sini hari ini.

Majlis yang turut dihadiri Timbalannya, Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib dan Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Dr. Mohd. Ghazali Abas itu menyaksikan seramai 642 warga kerja cemerlang menerima anugerah masing-masing. - Bernama