Timbalan Menteri Kesihatan, Dr. Lee Boon Chye berkata, kerajaan perlu membentangkan mekanisme kawalan harga ubat berikutan harganya meningkat setiap tahun.

“Kementerian mendapati harga ubat-ubatan di pasaran meningkat pada kadar 10 hingga 20 peratus setiap tahun dan ia membebankan kerajaan serta orang ramai terutamanya mereka yang tidak berkemampuan.

“Perbincangan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna juga telah dimulakan sejak sebulan lalu bagi merealisasikan pelaksanaan mekanisme harga kawalan ubat tersebut dan ia akan diumumkan tahun ini selewat-lewatnya bulan depan,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.