Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Perlis, Nurulhisham Yaakob berkata, kebanyakkan lembu itu diimport dari Kemboja, Myanmar dan Thailand untuk menampung permintaan semasa perayaan itu.

"Ini bermakna, terdapat peningkatan RM680 hingga RM800 satu bahagian daripada tujuh bahagian lembu korban sempena Aidiladha.

"Pada tahun lalu, satu daripada tujuh bahagian lembu korban di negeri ini paling mahal kira-kira RM650," katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Nurulhisham berkata, kenaikan harga itu berpunca kerana peningkatan permintaan, kos pengangkutan, makanan haiwan itu, kadar tukaran mata wang dan upah pekerja.

"Ini merupakan satu perkara yang tidak dapat dielakkan namun harga itu masih berpatutan bagi rakyat negeri ini kerana mengambil kira soal ibadah yang perlu dilakukan bagi mereka yang beragama Islam," katanya. - K! ONLINE