Ketua Pegawai Eksekutif MPSB, Datuk Zaharah Salamat berkata, Cruise Tasik Putrajaya menawarkan harga RM20 bagi dewasa dan RM15 bagi kanak-kanak dengan pelayaran yang mengambil masa selama 30 minit.

Beliau berkata, pihaknya juga menawarkan harga istimewa untuk perkhidmatan perahu dondang sayang iaitu pada kadar RM15 untuk dewasa dan RM10 bagi kanak-kanak dengan pelayaran selama 25 minit.

“Bersempena dengan fiesta itu, MPSB membuka operasi di jeti berhampiran Umai Cafe bermula pada pukul 7 pagi hingga 7.30 malam untuk hari biasa manakala sehingga 10.30 malam bagi Sabtu dan Ahad.

“Sempena promosi ini, pengunjung boleh mengambil kesempatan  untuk merasai suasana keindahan sebenar Putrajaya menerusi pelayaran menyelusuri tasik seluas 650 hektar,” katanya ketika ditemui Kosmo! Online hari ini. - K! ONLINE