Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, penurunan itu menjadikan harga baharu gula pasir kasar pada kadar RM2.85 sekilogram (kg) manakala gula pasir halus (RM2.95/kg).

“Ketika ini, harga gula pasir kasar ialah RM2.95/kg manakala RM3.05/kg bagi gula pasir halus.

“Berkuat kuasa 1 September ini harga barang kawalan itu diturunkan sebanyak 10 sen sekali gus dapat meringankan beban yang ditanggung rak­yat,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan kementerian di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.