Pengarah PPDNHEP Perlis, Khairul Amin Talib berkata, berdasarkan tinjauan semasa di pasar seluruh negeri, harga daging lembu tempatan dijual RM34 sekilogram (kg).

"Harga itu masih kekal selepas Hari Raya Aidilfitri Jun lalu, sementara harga ayam segar pula kira-kira RM7.50 sekilogram.

"Pemborong dan peniaga telah memberi jaminan bekalan daging lembu tempatan dan sejuk beku serta ayam segar mencukupi pada Hari Raya Aidiladha nanti.

"Pegawai dan anggota kami turut melakukan pemantauan harga barangan termasuk bekalan telur ayam, makanan laut dan sayur-sayuran di pasar-pasar utama di negeri ini pada setiap hari," katanya ketika dihubungi di sini hari ini. - K! ONLINE