Menurut Maszlee, buat masa ini sumber bekalan untuk kegunaan penduduk Simpang Renggam dari Sungai Ulu Benut telah tercemar dan telah menjejaskan bekalan air bersih kepada mereka.

Katanya, Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) dan Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar (amp) Perubahan Iklim (MESTECC) juga disarankan untuk melihat kepada keperluan bagi memperbaiki kualiti air di Sungai Ulu Benut ini.

"Kerjasama dan tindakan tegas serta serius semua pihak yang terlibat dalam menyelesaikan perkara ini adalah amat dihargai dan diharapkan satu penyelesaian konkrit dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat kerana pihak kerajaan sentiasa mengutamakan kebajikan warga Simpang Renggam.

"Sehingga kini, operasi Loji Rawatan Air (LRA) Simpang Renggam masih lagi tergendala selepas berlaku pencemaran ammonia di peringkat sumber air mentah di Sungai Ulu Benut," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - Bernama