Beliau berkata, pandangan serong terhadap individu sedemikian menyebabkan mereka yang menghadapi masalah itu enggan tampil mendapatkan bantuan daripada pihak profesional.

"Mesti berlaku satu perubahan dan anjakan berkenaan tanggapan masyarakat terhadap mereka yang mendapat rawatan ini supaya ia tidak dipandang serong atau negatif. 

"Andai kata ia dapat ditangani, kita mampu menyelesaikan sebahagian besar masalah tersebut (mendapatkan rawatan)," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjunjung kasih titah Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Laporan sebelum ini menyebut kajian Kementerian Kesihatan pada 2017 mendapati 18, 336 rakyat negara ini seawal usia 16 tahun dikesan mengalami pelbagai tahap kemurungan dalam saringan minda sihat melibatkan 273, 203 individu. - Bernama