Ketua Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri Perkeso, Ismail Abi Hashim berkata, kesedaran pemandu kereta sewa itu masih berada pada tahap rendah berhubung skim tersebut, yang nyata akan memberi perlindungan insurans sekiranya mereka terlibat dalam kemalangan ketika bekerja.

Beliau berkata, jumlah itu masih terlalu rendah, sedangkan skim berkenaan adalah untuk memastikan golongan tersebut dapat menerima manfaat sewajarnya melalui skim insurans persendirian itu.

"Jika kita lihat jumlah keseluruhan yang mencarum masih terlalu kecil hanya 3,300 pemandu teksi termasuk Uber dan GrabCar di seluruh negara, dan jumlah mendaftar paling tinggi adalah di Lembah Klang.

"Kesedaran dalam kalangan pemandu kereta sewa ini masih belum di tahap kita harapkan, dan kita akan mendekati mereka bagi menjelaskan faedah disediakan semasa mereka bekerja dan jika berlaku kematian ketika bertugas, kita akan beri faedah kepada waris," katanya. - Bernama