Mengulas mengenai salah faham ibu bapa mengenai cadangan tersebut, beliau berkata, langkah itu bertujuan mengawal selia kenderaan persendirian terutamanya van yang digunakan sebagai bas sekolah yang selama ini tidak tertakluk kepada undang-undang.

"Untuk ibu bapa yang hantar anak sendiri ke sekolah dan kadang-kadang anak tumpang juga kereta jiran juga tiada keperluan untuk daftar. 

"Yang kita maksudkan ialah kenderaan berbentuk van khususnya yang boleh membawa 15 sehingga 20 orang murid yang sekarang ini mereka tidak berdaftar tetapi digunakan seolah-olah sebagai bas sekolah," katanya pada sidang akhbar selepas perhimpunan bulanan kementerian di sini hari ini.

Anthony berkata, pendekatan yang akan diambil bagi melaksanakan cadangan itu sama dengan pendekatan yang akan digunakan untuk perkhidmatan e-hailing, namun mekanisme pelaksanaannya masih perlu diperhalusi. - Bernama