Beliau berkata, daripada jumlah itu dua dapur resort dan hotel bertaraf lima bintang mempunyai  sijil pengesahan halal, empat bintang (11), tiga bintang (15), dua bintang (2) dan tiada bintang (4).

"Kesemua dapur resort dan hotel yang mendapat sijil pengesahan halal ini telah dibenarkan untuk menggunakan 'tag line' Bufet Ramadan bagi membolehkan umat Islam memilih premis berkenaan untuk berbuka puasa sepanjang Ramadan ini tanpa was-was. 

"Kita berharap agar lebih banyak pengusaha resort dan hotel di negeri ini supaya ada kesedaran dan memohon sijil pengesahan halal itu melalui Bahagian Pengurusan Halal JAIM secepat mungkin supaya tiada syak wasangka dalam kalangan masyarakat serta pelancong Islam dari dalam dan luar negara," katanya kepada Bernama. 

Katanya, sehubungan itu, JAIM amat menggalakkan sebarang penganjuran majlis berbuka puasa dan keraian diadakan di resort dan hotel yang telah disenaraikan yang mempunyai pensijilan halal bagi mengelakkan timbulnya masalah keraguan. - Bernama