Pengurus Besar Bahagian Skim Pekerjaan Sendiri Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), Ismail Abi Hashim berkata, jumlah berkenaan direkodkan daripada skim berkenaan mula dikuatkuasa dan diwajibkan iaitu pada 1 Jun sehingga Disember tahun lalu.

Ismail berkata, jumlah berkenaan dilihat masih rendah dan tidak menepati sasaran Perkeso sekali gus beliau menyarankan agar lebih ramai pemandu teksi mendaftar skim tersebut.

"Sehingga kini, terdapat kira-kira 40,000 pemandu teksi berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, sebanyak 1,900 pemandu teksi dari Perak. Malang tidak berbau dan skim ini sebagai satu pelindungan kepada pemandu teksi serta pemandu terlibat sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis penyerahan Cek Faedah Hilang Upaya Sementara daripada Perkeso kepada pemandu teksi Mohamad Helmi Hashim, 46, di rumahnya di Taman Chemor Mesra, Chemor di sini hari ini.

Cek berkenaan telah diserahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi dan Kampung Baru negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon kepada Mohamad Helmi yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 9 Disember tahun lalu. - K! ONLINE