Kaji selidik yang dijalankan pembekal komponen gantian automotif itu melibatkan 350 pemandu di negara ini berusia 18 hingga 55 tahun bertujuan mendapatkan input mengenai tabiat pengurusan bateri kereta.

Menurut kajian berkenaan, 48 peratus lelaki di negara ini mampu menyelesaikan masalah kereta sendiri berbanding wanita yang lebih cenderung meminta bantuan ahli keluarga atau rakan apabila kereta mereka rosak.  

Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia, Pang Yoon Kong berkata, kajian menunjukkan bahawa 70 peratus daripada kerosakan kenderaan berpunca daripada masalah bateri.

"Masalah tersebut bukan sahaja menimbulkan kesulitan malah mampu mendatangkan risiko keselamatan kepada semua pemandu terutama kaum wanita sekiranya mereka terkandas bersendirian," katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Yoon Kong turut mencadangkan supaya pengguna beralih kepada bateri sel kering yang mampu memberikan lebih kuasa, mengecas lebih pantas dan tahan lebih lama. - K! ONLINE