Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam, rumah yang didiami bakal pengantin itu, Nurul Ain Arijan, 25, bersama bapanya, Arijan Osman, 50, dan ibu, Intan Shahirah Abdullah, 50, musnah 100 peratus.

Kelengkapan perkahwinan yang hangus termasuk pelamin, 11 dulang barang hantaran dan baju pengantin yang bakal dipakai Nurul Ain serta sejumlah wang tunai untuk kegunaan majlis itu nanti.

Arijan memberitahu, kejadian tersebut disedari isterinya yang ketika itu bersama Nurul Ain sedang membuat persiapan hantaran di ruang tamu apabila terhidu bau hangit sebelum ternampak cahaya berkelip-kelip di dapur.

“Apabila isteri pergi ke dapur rupa-rupanya api sedang marak dan telah menyambar dinding serta bumbung rumah. Dia menjerit memanggil saya yang ketika itu berada di bilik untuk menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.