Hamdan adalah nama tunggal dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man untuk memegang jawatan itu dan disokong Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chuping Asmaiza Ahmad.

Bekas pengarah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Perlis itu sebelum ini adalah Speaker DUN menggantikan Datuk Yazid Mat pada 2013.

Pada majlis hari ini, semua 15 ADUN Perlis termasuk lima anggota pembangkang dan seorang bebas mengangkat sumpah sebagai anggota dewan di hadapan Hamdan.

Majlis angkat sumpah itu bermula dengan Azlan, yang juga ADUN Bintong.

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail akan merasmikan Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama, Sidang DUN Ke-14 pada Isnin.

Persidangan DUN akan berlangsung dari Isnin hingga Rabu. - Bernama