Katanya, beliau juga akan menggunakan tempoh 21 hari berkempen sebaiknya dengan turun padang bagi mengingatkan pengundi supaya menunaikan tanggungjawab mereka.

"Menerusi tempoh berkempen itu kita akan rangka beberapa strategi termasuk bertemu pengundi untuk mengingat dan menasihatkan mereka supaya keluar mengundi.

"Kita tidak mahu menjadi seperti PRK DUN Sungai Kandis pada 4 Ogos lepas, yang mana hanya separuh daripada pengundi berdaftar dari kawasan itu keluar mengundi," katanya dalam sidang akhbar pada hari kedua kempen PRK itu, di sini, hari ini.

Jelas Halimey, jumlah peratusan keluar mengundi itu penting bagi memastikan kerusi DUN tersebut kekal menjadi milik PH.

Menurut beliau, ia juga bagi membolehkan program Inisiatif Peduli Rakyat yang dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan Selangor dapat diteruskan dengan jayanya. - Bernama