Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Khadijah Idris ketika prosiding dalam kamarnya yang dihadiri peguam bagi pihak 1MDB, Ong Chee Kwan dan Jeremy M. Joseph serta peguam kanan Persekutuan, Alice Loke. Keputusan itu dibuat berdasarkan Seksyen 29 Aturan 4 Kaedah-kaedah Mahkamah 2012.

Syarikat 1MDB, kerajaan Malaysia dan dua syarikat subsidiari iaitu Global Investment Limited serta Energy Holdings Limited selaku plaintif mena­makan pemilik kapal Equani­mity dari Cayman Islands sebagai defendan.

Menurut peguam Chee Kwan, kes tersebut tidak akan terjejas meskipun pemilik kapal tersebut tidak tampil di mahkamah ketika prosiding semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.