Tindakan pemilik nama Noor Neelofa Mohd. Noor itu turut mengundang perasaan kurang senang dalam kalangan masyarakat terutama peminat beragama Islam yang berpendapat perbuatannya kelihatan tidak bersesuaian dengan imej wanita bertudung.

Rata-rata peminat berasa kecewa dengan keputusan artis kelahiran Pasir Mas, Kelantan itu mengadakan majlis terbabit di kelab malam berbanding lokasi lain. Tindakan Neelofa tersebut juga disifatkan sebagai terlalu liberal.

Pengguna Instagram, @hitzzchikke menyindir pelakon drama rantaian Suri Hati Mr. Pilot itu dengan mengatakan kelab malam dipilih sebagai lokasi majlis kerana artis itu tidak mempunyai pilihan lain.

“Memandangkan anda te­lah membayar, boleh lakukan maj­lis doa tahlil dan berpendapat kesemua lokasi sibuk dengan acara lain sehingga terpaksa memilih kelab malam berkenaan,” sindir­nya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.