Lebih mengejutkan lagi apabila aktiviti mengorek pasir yang dilaksanakan oleh Jabatan Peng­airan dan Saliran Perak itu berada dalam Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 yang menempatkan kawasan pendaratan haiwan itu.

Pegawai Lapangan Sahabat Alam Malaysia, Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, Kawasan Sensitif Alam Sekitar Tahap 1 tidak boleh dibangunkan kecuali untuk kegiatan pendidikan, penyelidikan dan ekopelancongan yang berimpak rendah.

Menurut Meor Razak, beliau difahamkan aktiviti mengorek pasir yang dilakukan di pantai Pasir Panjang adalah untuk mengelakkan banjir di lokasi tersebut yang jauh dari kawasan kediaman penduduk dan dikeli­lingi ladang sawit.

“Lebih menghairankan aktiviti mengorek pasir yang diluluskan pada 6 Disember tahun lalu itu tidak mempunyai tarikh bila ia akan berakhir. Pekerja-pekerja di lokasi pula memberitahu pasir yang dikorek itu digunakan untuk menambak laut di Teluk Muroh, Lumut.

“Kegiatan pengambilan pasir itu dibimbangi boleh mengganggu dan memusnahkan struktur fizikal kawasan pantai dan menyebabkan ia tidak sesuai lagi untuk penyu mendarat dan bertelur.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.