NORINDA maut selepas diseret keretanya sendiri dalam kemalangan di Jalan Saujana Impian, Kajang semalam.

Dalam kejadan pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Norinda Che Ibrahim berusia 34 tahun yang merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah sekitar Cheras disahkan maut ditempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala.

Difahamkan, kejadian berlaku apabila mangsa yang dipercayai menghala ke Kajang itu memasuki susur keluar sebelum kereta jenis Perodua Myvi dipandunya dilanggar sebuah lori seberat 10 tan dari arah belakang.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd. Yusoff berkata, mangsa dipercayai terkejut sebelum tertekan minyak dan hilang kawalan sehingga melanggar pembahagi jalan.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.