Zulkarnaen Abdullah, 46, dan isterinya, Zaihaniza Mat Sohor, 46, terus terjaga sebaik mendengar dentuman itu yang turut disertakan dengan siren peronda polis.

Guru Sekolah Kebangsaan Jengka 21 itu berkata, dia yang tinggal berdua di rumah berkenaan terus terjaga dari tidur dan terkejut apabila melihat pagar rumahnya terbalik dirempuh kereta jenis Proton Saga.

"Pada masa yang sama saya lihat ada sebuah kereta peronda polis di hadapan rumah dan kami keluar untuk mengetahui situasi sebenar.

"Saya difahamkan kereta Proton Saga yang dinaiki lima remaja lelaki itu dikejar oleh polis sebelum melanggar pintu pagar rumah kami," katanya kepada Kosmo! Online hari ini.

Menurutnya, tiga daripada penumpang kereta terbabit mengalami kecederaan termasuk seorang daripadanya parah.

"Mereka mungkin melarikan diri daripada polis dan memasuki kawasan perumahan ini agar tidak dapat dikesan namun musibah pula melanda mereka," ujarnya.

Tambahnya, dia kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Jengka berhubung kejadian berkenaan. - K! ONLINE