Lee Meng Chun, 42, dituduh melakukan kesalahan itu di dalam  dewan orang ramai di Serdang, Selangor, antara April dan Jun tahun ini.

Dia berdepan empat pertuduhan melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan mangsa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 20 tahun dan boleh disebat jika disabitkan kesalahan.

Bagi empat pertuduhan melakukan serangan seksual fizikal ke atas pelajar itu dengan menyentuh kemaluannya,  Lee didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat, jika disabitkan kesalahan.

Hakim Yong Zarida Sazali menetapkan jaminan  RM10,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin dan menetapkan 23 Nov untuk sebutan kes.

Beliau turut memerintahkan syarat tambahan, termasuk pasport Lee diserahkan kepada mahkamah, selain dia perlu melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan sekali dan mengarahkan lelaki itu supaya tidak mengganggu mangsa atau saksi pendakwaan.

Timbalan Pendakwa Raya  Aimi Syazwani Sarmin memohon mahkamah supaya tidak membenarkan jaminan ke atas Lee, bagaimanapun, peguam Teaw Zhen Yang memohon jumlah jaminan minimum kepada anak guamnya. - Bernama