Tertuduh, Rozana Sawal, 41, dan Nor Sulastri Suratmi Bahrom, 22, masing-masing mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan secara ber­asingan terhadap mereka di hadapan Hakim Datuk Mohd. Nasir Nordin.

Mengikut pertuduhan, Rozana didakwa menampar pipi seorang kanak-kanak berusia tiga tahun hingga terjatuh dari kerusi dan menampar pipi seorang budak lelaki berusia lima tahun sebanyak dua kali.

Nor Sulastri pula didakwa­ menganiaya seorang kanak-kanak pe­rempuan berusia tiga tahun dengan meng­angkat dan meletakkan mangsa di atas leher seorang kanak-kanak lelaki serta mencubitnya.

Tertuduh juga didakwa mengasari seorang kanak-kanak lelaki lain berusia tiga dengan mengangkat dan mengigit tangannya.

Kesemua perbuatan tersebut dilakukan kedua-dua tertuduh pada pukul 9 hingga 11 pagi di tadika berkenaan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.