Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azli Mohd. Noor berkata, kejadian berlaku apabila kereta jenis Perodua Viva dipandu mangsa dilaporkan terbabas memasuki laluan bertentangan.

Menurut beliau, kereta tersebut kemudiannya bertembung sebuah lori jenis Nissan yang membawa muatan pasir dari arah Lipis menuju Sungai Koyan di sini.

"Mangsa yang tersepit disahkan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala. Kereta milik guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Sungai Koyan itu juga remuk teruk akibat kejadian. Pemandu lori pula tidak cedera," katanya.

Jenazah mangsa yang berasal dari Tumpat, Kelantan dihantar ke Unit Forensik Hospital Kuala Lipis dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - K! ONLINE