Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, mangsa Danial Tong Jia Yong, 20, yang memandu sebuah kereta Perodua MyVi bersama seorang rakannya, dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Kuching.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, kawasan kejadian merupakan jalan berselekoh menuruni bukit dan ketika kejadian dilaporkan dalam keadaan basah dan licin.

"Ketika tiba di kawasan tersebut kereta mangsa dipercayai hilang kawalan dan termasuk ke laluan bertentangan lalu merempuh sebuah kereta Proton Gen2 yang datang dari arah Beladin ke Sarikei sebelum terbabas di bahu jalan," katanya.

Alexson berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sarikei untuk bedah siasat menakala rakan mangsa yang juga seorang guru pelatih di Institut Pendidikan Guru Batu Lintang berusia 21 tahun dilaporkan mengalami kecederaan. - Bernama