Nahas pukul 5 petang itu mengorbankan Mohd. Nor Salim, 57, dari Felda Lepar Hilir Kuantan yang disahkan maut di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Maran, Deputi Superintendan Norzamri Abd. Rahman berkata, nahas itu turut mencederakan isteri mangsa, Aida Alias, 51, serta dua anaknya, Nur Hafsah, 28, dan Nor Asiah, 22.

"Turut cedera cucu mereka, Husna Rafiqah Syababullah, 2. Seorang lagi cucu mangsa, Izzatul Insyirah Syababullah, 5, pula tidak cedera.

Mengulas berhubung kejadian, beliau berkata, kedua-dua kenderaan itu bertembung selepas lori berkenaan terbabas memasuki laluan bertentangan.

"Semasa kejadian, mangsa sekeluarga dalam perjalanan dari arah Bandar Pusat Jengka menuju Jerantut. Jenazah dihantar ke Unit Forensik Hospital Jengka untuk bedah siasat," ujar beliau.

Beliau menambah, pemandu lori berkenaan bersama kelindan yang berusia 22 tahun tidak mengalami kecederaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - K! ONLINE