"Walau macam mana hebat pun kemarahan, kita tidak boleh mengutuk pemimpin, malah perilaku kita dilihat semua orang dan kena jadi contoh kerana kita adalah pendidik.

"Janganlah kita buruk sangka terhadap pemimpin kita," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sembang Santai Guru-Guru Parlimen Arau di Kolej Matrikulasi Arau, dekat sini malam tadi.

Pada majlis itu, Shahidan turut menimbang permohonan sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Arau bagi peruntukan bawah RM20,000.

Katanya, beliau akan berusaha agar peruntukan itu diluluskan bagi memastikan murid dapat belajar dalam keadaan selesa. - Bernama