Itulah penguat semangat Guru Maahad Al-Ehya Al-Karim di Tanjung Bidara, Melaka, Jasmi Amin, 39, yang berjaya dinobatkan sebagai Ikon Guru Inovatif Kebangsaan 2018.

"Sebagai satu-satunya guru agama lelaki di sekolah ini, saya diberikan tanggungjawab untuk mengajar pelajar yang berada di kelas belakang.

"Bagi saya cabaran untuk memastikan pelajar-palajar ini memahami apa yang diajar dengan cara yang lebih seronok dan mudah mendorong saya mencipta pelbagai aplikasi pembelajaran interaktif," katanya ketika ditemui pada Majlis Malam Apresiasi Pendidikan Sempena Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2018 di sini hari ini.

Penganugerahan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai RM10,000 dan sijil penyertaan.

Menurut Jasmi, antara aplikasi interaktif yang diciptanya termasuk Pintar Haji, Global Zakat Game, Eksplorasi Jom Solat , Eksplorasi Pintar Haji dan Buku AR (Augmented Reality) Cakna Solat yang boleh dimuat turun secara percuma.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamer Azmin Ali dalam ucapannya ketika merasmikan majlis tersebut berkata, pendidikan bukan sekadar menimba ilmu sebaliknya iaproses memupuk jati diri, menyubur nilai moral dan meletakkan asas pembinaan tamadun.

"Peranan guru penting kerana warga pendidik adalah ejen perubahan efektif dalam melahirkan bangsa yang berjiwa merdeka dengan akhlak mulia serta ghairah untuk mencapai kecemerlangan.

"Selain itu, Malaysia juga mampu muncul sekali lagi sebagai negara yang setanding dengan negara lain di dunia kerana kita sarat dengan bakat ketrampilan untuk membawa negara ini ke mercu kecemerlangan," katanya. - K! ONLINE