Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi itu, kumpulan perompak tersebut telah menceroboh kediaman guru tersebut menerusi pintu belakang yang tidak berjeriji.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Aswandy Anis berkata, keempat-empat suspek kemudian mengikat mangsa dengan menggunakan seutas tali nilon sebelum menyelongkar rumah milik mangsa.

Katanya, selepas merampas dompet, barangan kemas, komputer riba dan tablet, kumpulan penjenayah itu turut melarikan sebuah kereta jenis Toyota Spacio milik mangsa.

"Selepas berjaya melepaskan ikatan tali nilon, mangsa kemudian menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut.

"Dalam kejadian itu, mangsa yang berusia 38 tahun dan tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Aswandy memberitahu, siasatan awal mendapati suspek tinggal seorang diri dan rumahnya terletak kira-kira 100 meter dari jalan utama di sini.

"Buat masa ini, polis masih memburu keempat-empat suspek terbabit," ujarnya lagi. K! ONLINE