Dalam dua serbuan bera­singan itu, seramai 68 individu berusia antara 14 hingga 44 tahun berjaya ditahan terdiri daripada sembilan rakyat tempatan, empat lelaki warga Thailand, dua wanita dan seorang remaja warga Indonesia.

Turut ditahan dua penganjur iaitu dua lelaki tempatan masing-masing berusia 27 dan 44 tahun.

Ujian saringan air kencing mendapati ke­semua mereka positif dadah.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, dalam serbuan pertama pada pukul 5.45 petang di Kondominium Jalan Ceylon yang terletak di Jalan Pahang, pihaknya menahan 15 individu terdiri daripada lima lelaki tempatan, empat lelaki warga Thailand, dua wanita warga Indonesia dan empat wanita tempatan yang berada dalam keadaan khayal.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.