Menurut Mohd. Firdaus, dia ingin mencipta kelainan berbanding penjual roti yang menggunakan motosikal dan van.

"Saya ingin mengembalikan kegemilangan zaman dahulu selain saya berpakaian ala koboi seperti topi, seluar dan jaket.

"Sebenarnya, ini juga merupakan salah satu strategi promosi berkesan untuk melariskan jualan," katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam pada itu, Mohd. Firdaus berkata, terdapat empat jenis roti untuk pilihan pembeli.

"Pembeli boleh memilih roti benggali, roti arang, roti gandum dan roti lembut dengan lapan jenis perisa seperti coklat, kelapa, kaya, beri biru dan kacang.

"Mereka juga boleh memilih kepingan ikan salmon, daging kambing, ayam dan lembu yang dipanggang bersama keju, sayur-sayuran, tomato dan timun.

"Uniknya, semua roti dipanggang dengan arang, sabut kelapa dan hampas tebu bagi memberikan bau yang lebih wangi dan harum," katanya. - K! ONLINE