Turut dibebaskan daripada pertuduhan itu ialah ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon.

Hakim Datuk Hadhariah Syed Ismail membuat keputusan ber­kenaan setelah pihak pendakwaan yang diketuai Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd. Daud bersetuju menarik semula semua pertuduhan terhadap mereka.

Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Li Koon sebelum itu telah mengemukakan representasi kepada Peguam Negara, Tommy Thomas pada 6 Julai lalu.

Hadhariah berkata, kedua-dua tertuduh dibebaskan dengan segera tanpa perlu dipanggil semula pada masa akan datang.

“Setelah mengkaji keseluruhan kes dan masa yang begitu lama untuk mendapatkan keputusan, oleh itu saya perintahkan kedua-dua tertuduh dilepaskan dan dibebaskan,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.