Kadar sifar peratus itu dikenakan ke atas semua perkhidmatan dan produk insurans serta takaful disediakan yang mana sebelum ini tertakluk kepada GST pada kadar enam peratus, kata kesemua persatuan itu dalam satu kenyataan bersama hari ini. 

Ini sejajar dengan pengumuman oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru ini mengenai pengurangan kadar standard GST kepada sifar peratus daripada enam peratus berkuat kuasa pada 1 Jun lalu. 

Sekiranya, terdapat sebarang pertanyaan berkaitan GST bagi sebarang produk insurans dan takaful yang dibeli atau perkhidmatan yang diberikan, orang ramai dinasihatkan menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful masing-masing bagi mendapatkan penjelasan, kata kenyataan itu. - Bernama