Menurut GSC, koleksi istimewa  Avengers Marvel Studio: Infinity Wars Collectible Coins itu dikeluarkan khas buat peminat filem tersebut.

“Kami menawarkan sebanyak tiga jenis set promosi yang berbeza iaitu Box Office Promotions, Cocession Promotions dan The Burger Outpost (TBO) Promotions.

“Selain itu, setiap set promosi menawarkan barangan eksklusif yang berbeza seperti rantai kunci, baju-T istimewa dan bekas minuman yang direka khas menggunakan beberapa watak di dalam filem ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

GSC memberitahu, kesemua barangan istimewa tersebut boleh mula dibeli di setiap pawagam GSC seluruh negara bermula hari ini.

Tambahnya, sejak 1 April lalu, TBO GSC juga turut menawarkan set kombo burger sempena filem berkenaan.

Maklumat lanjut, sila layari laman web www.gsc.com.my atau di media social Facebook, www.facebook.com/GSCinemas. - K! ONLINE