Jangan risau kerana syarikat pawagam terkemuka, Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd. (GSC) kini menyediakan sebuah panggung khas untuk kanak-kanak iaitu PlayPlus di IOI Mall, Puchong.

Panggung PlayPlus ini merupakan pawagam GSC yang pertama direka khas dengan fasiliti dan persekitaran mesra keluarga dengan suasana dan persekitaran yang lebih luas, selesa dan mesra kanak-kanak.

PlayPlus yang mampu memuatkan seramai 80 penonton itu merupakan sebuah panggung memberi tahap keseronokan yang berbeza kepada kanak-kanak berbanding di pawagam biasa.

Selain itu, ia juga turut dilengkapi dengan tempat duduk direka khas seperti Beanbag dan juga untuk seisi keluarga, Cuddle Couch yang boleh memuatkan dua dewasa serta dua kanak-kanak dalam satu masa.

Lebih mengujakan, PlayPlus turut menyediakan sebuah gelongsor di bahagian kanan tempat duduk dan ruang permainan tertutup di bawah skrin iaitu kawasan di mana kanak-kanak boleh bermain dengan selamat sepanjang tayangan filem berlangsung. Seronok bukan?

Di samping itu, si cilik anda juga boleh berseronok di ruang yang disediakan dengan pelbagai permainan serta alat bantuan visual untuk memberi peluang mereka belajar sambil bermain.

Ibu bapa yang menonton wayang juga tidak perlu risau dengan tahap pencahayaan di dalam panggung kerana ia tidak terlalu terang atau terlalu gelap kerana telah disetkan kepada separa malap.

Si cilik anda juga boleh berseronok di ruang yang disediakan dengan pelbagai permainan serta alat ba
Si cilik anda juga boleh berseronok di ruang yang disediakan dengan pelbagai permainan serta alat bantuan visual untuk memberi peluang mereka belajar sambil bermain. 

Dalam pada itu, GSC IOI Mall turut memberi nafas baharu di ruangan lobi menunggu seperti penambahan tempat duduk yang lebih banyak dan selesa.

Untuk lebih keseronokan, GSC juga memberi peluang kepada para pelanggan menikmati pelbagai minuman panas dan sejuk jenama Starbucks ketika menonton filem.

Minuman kegemaran ramai itu boleh dibeli di kiosk Starbucks yang hanya terdapat di GSC IOI Mall, Puchong sahaja.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom bawa anak anda ke PlayPlus untuk menonton filem kegemaran mereka, pasti ada yang sampai tidak mahu pulang nanti.

Orang ramai boleh melayari www.gsc.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut dan informasi terkini berkaitan pawagam terbaharu itu. 

PlayPlus turut menyediakan sebuah gelongsor di bahagian kanan tempat duduk dan ruang permainan tertu
PlayPlus turut menyediakan sebuah gelongsor di bahagian kanan tempat duduk dan ruang permainan tertutup di bawah skrin.