Diskaun berkenaan sah untuk semua pusat mengundi di 25 bandar di seluruh negara yang Grab kini beroperasi, dan juga dua kawasan baru - Lahad Datu dan Sarikei - yang akan mula mendapat perkhidmatannya pada 2 Mei.

"Kunjungi katalog  GrabRewards dan hanya 250 mata, tebus RM5 diskaun untuk satu perjalanan, sah untuk mana-mana kaedah pembayaran pada 9 Mei 2018 sahaja," kata Ketua Grab Malaysia, Sean Goh, dalam satu kenyataan hari ini.

"Antara perkara paling penting bagi kami di Grab adalah suara Grabbers kami. Maklum balas dan pendapat mereka penting kepada kami dan kami berusaha keras untuk membuat semua orang merasa dihargai dan yakin bahawa suara mereka penting dalam membentuk sebuah syarikat yang boleh kami bangga untuk menjadi sebahagian daripadanya.

"Oleh itu, kami juga perlu mengingatkan rakyat Malaysia bahawa suara dan undi mereka penting dalam menentukan Malaysia, negara yang kita diami," katanya dalam kenyataan itu.

Maklumat lanjut mengenai 'Election Day GrabRewards' dan kod promo boleh didapati di https://www.grab.com/my/blog/my-nation-my-destination/. - Bernama