Ketika berucap kepada para petugas Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) sempena lawatan sulung beliau ke agensi berita itu hari ini, Gobind berkata, beliau sentiasa  bersikap terbuka dan sesiapa juga boleh menghubunginya secara peribadi menerusi  telefon bimbitnya.

"Saya  berdiri di sini sebagai menteri anda dan saya mahu anda semua bersikap terbuka dengan saya. Beritahu saya bagaimanapun kita dapat melakukan perbaikan dan bagaimana keadaannya kini.

"Kita boleh bebaskan diri kita daripada belenggu masa lalu dan mara ke arah pemberitaan yang lebih gemilang," kata beliau.

Turut  hadir ialah Pengerusi  Bernama, Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pegawai Eksekutif Bernama, Datuk Zulkefli Salleh dan Ketua Pengarang, Datuk Zakaria Abdul Wahab. - Bernama