Pengurus Perancangan Perniagaan dan Komunikasi Getha Bedding (M) Sdn. Bhd., Amelia Tan berkata, sumbangan ini merupakan kempen tanggungjawab sosial korporat (CSR) pihaknya sempena meraikan ulang tahun ke-50 penubuhan syarikat itu.

"Getha merupakan keluarga angkat kepada lima ekor orang utan Borneo berumur antara 10 hingga 29 tahun dan satu di antaranya adalah orang utan Sumatra.

"Ini merupakan kerjasama yang pertama antara Getha dan Zoo Negara dalam menyokong kesejahteraan, pemuliharaan serta penyelenggaraan kelima-lima orang utan itu," katanya pada sidang media Tour Zoo Negara di Zoo Negara, hari ini.

Terdahulu, Getha turut menyerahkan replika cek kepada Pengarah Perhubungan Awam, Pemasaran dan Pendidikan Zoo Negara, Lindasalim selepas mengadakan lawatan bersama media di Zoo Negara.

Menurut Amelia, Getha berharap agar kerjasama antara Zoo Negara dapat diteruskan pada masa hadapan demi memastikan habitat orang utan dapat dijaga dengan baik.

"Kerjasama ini merupakan satu peluang terbaik untuk semua pihak bersatu dan belajar mengenai sistem ekologi kita. 

"Pengalam ini juga membuka mata untuk melihat dan mendalami secara dekat diet, penjagaan dan tabiat haiwan-haiwan serta kepentinganya untuk menjaga dan memastikan ekosistem yang mampan untuk generasi masa hadapan," katanya. - K! ONLINE