Timbalan Ketua Pengarahnya, Samsuddin Omar berkata, fenomena kali ini adalah kedua berlaku tahun ini, dan akan kelihatan di Australia, Asia (termasuk Malaysia), Afrika, Eropah dan Amerika Selatan bermula pada pukul 1.14 pagi dan berakhir 7.28 pagi.

"Fasa herhana penuh akan berlangsung selama 1 jam 42 minit 57 saat dan tempoh ini menjadikannya fenomena paling lama bagi abad ke-21 (2001 hingga 2100).

"Tempoh paling lama bagi gerhana bulan penuh boleh berlaku selama 1 jam 47 minit," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Gerhana bulan penuh berlaku apabila matahari, bumi dan bulan berada di kedudukan sebaris dan keseluruhan bulan merentasi bayang umbra bumi. - Bernama