Gerakan yang diketuai Datu Mohd. Fadli Fathullah itu turut menamakan Pengerusi Perhubungan BN Sabah, Tan Sri Musa Aman dan Presiden Parti Solidariti Sabah (STAR), Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dibawa ke muka pengadilan.

"Kita mahu SPRM dan polis melakukan siasatan terhadap dakwaan rasuah sepanjang pentadbiran BN di negeri ini.

"Siasatan perlu dilakukan terhadap bekas Ketua Menteri dan bekas menteri kabinet di bawah pentadbiran beliau (Musa)," katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Datu Mohd. Fadli bersama 11 orang ahli membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing di sini. - K! ONLINE