Pemeriksaan diketuai Pegawai Kesihatan Kemaman, Dr. Mohd. Anuar Abd. Rahman pada pukul 12.15 tengah hari itu mendapati kebersihan gerai makanan yang sering menjadi tumpuan ramai  terutama dalam kalangan pekerja Pelabuhan Kemaman dan Kawasan Perindustrian Teluk Kalong tersebut berada dalam tahap tidak memuaskan.

Mohd. Anuar berkata, pemeriksaan mengejut itu dilakukan selepas pihaknya mendapat aduan orang ramai yang mendakwa premis makanan berkenaan terlalu kotor. 

Beliau berkata, pemeriksaan mendapati pemilik gerai makanan ini telah melakukan lebih daripada 12 kesalahan di bawah Akta Makanan 1983.

"Berdasarkan pemeriksaan peti sejuk yang digunakan untuk menyimpan bahan mentah tidak berada pada suhu ditetapkan dan terlalu padat.

"Peti sejuk itu juga dak bersih selain terdapat percampuran antara bahan mentah dan bahan separa masak yang berisiko tinggi untuk menyebabkan kes keracunan makanan," katanya kepada pemberita di sini hari ini. - K! ONLINE