Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Hussein Onn, Mohamad Akmal Mohamad Khairi berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pemilik rumah tersebut berhubung penemuan ular itu sekitar pukul 2.42 petang.

"Sebuah jentera dan dua trak bomba dengan lapan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira pukul 2.48 petang sebelum menemui ular tedung selar sepanjang 3 meter itu di dalam bilik mandi rumah tersebut.

"Reptilia tersebut berjaya ditangkap menggunakan pengepit dan penjerut ular sebelum ia dilepaskan di kawasan yang selamat,' katanya ketika dihubungi Kosmo! Online di sini hari ini.

Katanya, kesemua tiga ahli keluarga yang tinggal di rumah tersebut bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.