Kos menempah karpet baharu tersebut didermakan oleh jemaah di kawasan itu dan akan dipasang sebelum waktu­ Zuhur hari ini.

Selain membuang kesemua karpet, pihak pe­ngurusan turut menyertu ruang masjid se­perti din­ding dan lantai kotor aki­bat terkena darah dan tapak kaki babi seberat 70 kilo­gram ber­kenaan.

Difahamkan, haiwan seberat 70 kilo­gram itu meluru masuk ke dalam masjid selepas dilanggar oleh sebuah kenderaan berdekatan jalan berhampiran.

Masjid itu dibina pada tahun 1926 manakala karpet itu telah digunakan sejak dua tahun lalu. Babi itu dipercayai datang dari kawasan hutan yang terletak kira-kira satu kilometer dari masjid.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.