"Terima berita gempa bumi di Ranau, saya dimaklumkan setakat ini tiada laporan kecederaan.

"Saya harap semua di kawasan terkesan ambil langkah berjaga-jaga, kerajaan akan pastikan bantuan sentiasa tersedia," katanya menerusi catatan di laman Twitter beliau, hari ini.

Jabatan Meteorologi dalam kenyataan semalam memaklumkan, gempa bumi sederhana berlaku di Ranau pada 9.06 malam di lokasi 6.1 utara dan 116.6 timur namun tiada ancaman tsunami.

Antara kawasan yang turut terkesan dengan gegaran tersebut ialah Kota Kinabalu, Kundasang, Penampang, Tuaran, Kudat dan Kota Marudu. - Bernama