Pembatalan darjah kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) (Al-Ismaili II) kedua-dua individu itu berkuat kuasa 6 Februari lalu.

Serentak dengan itu juga, Jawatan Jaksa Pendamai (JP) milik Wan Abd. Rahim turut dilucutkan.

Husam, 59, dan Wan Abd. Rahim, 66, mengesahkan perkara itu menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan secara bersama selepas menerima surat rasmi daripada Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Faudzi Che Mamat yang memaklumkan perkara tersebut pada petang kelmarin.

Kenyataan itu dibacakan Wan Abd. Rahim kerana Husam ketika itu menghadiri satu prosiding kes di Mahkamah Tinggi di sini berkaitan keputusan kes saman fitnah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.