Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, ketika ini mana-mana kenderaan terbiar hanya dapat dilupuskan dalam tempoh enam bulan ke setahun oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hingga menyebabkan masalah tersebut berlarutan dan menggangu penduduk.

"Mesyuarat hari ini mencadangkan pelupusan kenderaan terbiar dalam masa kurang satu bulan termasuk proses meletakkan notis selama seminggu sebelum kenderaan berkenaan di bawa ke depoh untuk proses semakan dengan pihak berkuasa sebelum ianya dilupuskan.

"Buat masa ini belum ada garis panduan atau prosedur operasi standard khusus melibatkan PBT di setiap negeri, jadi kita akan mewujudkan garis panduan khusus dan dijadikan dasar supaya masalah ini dapat diselesaikan," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pengangkutan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini hari ini.

Mesyuarat itu dihadiri exco pengangkutan bagi setiap negeri.

Menurut Anthony, masalah kenderaan terbiar ini menyebabkan PBT terpaksa menanggung kos yang tinggi untuk kerja-kerja pelupusan selain menyediakann kawasan yang luas untuk depoh sementara.

"Sepanjang tahun 2014 hingga 2017, terdapat kira-kira 15,000 kenderaan terbiar direkodkan di lapan buah PBT termasuk di Kuala Lumpur, Shah Alam, Kajang, Johor Bahru dan Ipoh," katanya. - K! ONLINE