Ketua Jabatan Perhubungan Pelanggan Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (Air Selangor), Abdul Raof Ahmad, status terkini itu berdasarkan pemantauan di lapangan dan bacaan tekanan di sistem agihan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 serta di Rantau Panjang dihenti tugas sebelum ini.

"Kuala Selangor dan Hulu Selangor telah pulih sepenuhnya manakala lima lagi kawasan iaitu Petaling, Klang/Shah Alam, dan Kuala Langat dijangka pulih selewatnya pukul 12 tengah hari Rabu depan manakala Gombak dan Kuala Lumpur pukul 12 tengah hari esok dan lusa. 

"Mengikut peratusan pemulihan akaun pelanggan di Kuala Lumpur pada tahap 99 peratus, Petaling (93 peratus), Gombak (94 peratus), Klang/Shah Alam (91 peratus) dan Kuala Langat adalah 78 peratus," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Jelas beliau, kelima-lima kawasan yang belum pulih itu melibatkan 1,115,209 akaun pelanggan berdaftar dengan Air Selangor. 

Abdul Raof, menegaskan Air Selangor sedang berusaha bagi mempercepatkan pemulihan keseluruhan kawasan terjejas dengan meningkatkan tekanan dan menstabilkan aliran bekalan di sistem agihan. 

Gangguan bekalan air tidak berjadual yang berlaku di tujuh kawasan itu selepas pencemaran bau di kesan di Sungai Selangor pada Jumaat lalu, yang memaksa Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1), SSP2 dan SSP3 serta di Rantau Panjang dihenti tugas. - K! ONLINE