Menurut kenyataan Syarikat Air Perlis (SAP), kawasan terlibat ialah Bintong, Behor Inai, Abi Padang Melangit, Kuala Perlis, Simpang Empat, Sanglang, Bongor Kudong, Kampung Rama, Tebing Tinggi, Behor Temak, Bangsal Lebah, Behor Gonchar, Wang Ulu, Utan Aji dan Kampung Surau di sini.

Kawasan lain bermula dari kilometer 14 Jalan Kaki Bukit hingga ke Titi Tinggi termasuk Kampung Guar Jentik, Tasoh, Padang Besar, Kaki Bukit dan Wang Kelian.

Menurut kenyataan itu, gangguan berkenaan disebabkan kerja teknikal Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang PVCB Loji Timah Tasoh.

"Bekalan air akan pulih secara berperingkat selepas tempoh tersebut dan orang ramai diminta untuk menyimpan air secukupnya untuk keperluan mereka," menurutnya. - Bernama